BismillAh..Sungguh besar nikmat Allah buat sang hamba yang hina seperti kita ini...
Dalam hidup kita,pasti ada suatu kenangan yang sangat pahit kan...
aku juga ada kenangan ''cinta yang dulunya bagaikan patah,tapi,telah kembali lebih teguh dalam ranting-ranting derita..sangat sakit dan pedih..''
Antara kenangan yang paling pahit dalam hidup ini,adalah saat ditinggalkan sendirian dan dikhianati dari kedua-dua belah pihak.Tambahan,ditinggalkan dan dikhianati teman terpercaya..Hingga memilih untuk tegar bersendirian meneruskan setiap saat dengan hanya meletakkan ALLAH dan merenung sirah rasulullah s.a.w yang lebih kuat diuji olehNYA.
Semuanya bermula di kampus,diuji hingga air mata tidak mampu mengalir lagi,saat difitnah,dijaja cerita,di cemuh dan di'blacklist' oleh beberapa pihak yang tidak mengetahui cerita sebenar.Hanya berdasarkan bukti yang tidak diketahui punca dan sumbernya.
Berterusan detik luka dengan suatu waktu,Saat ditujah dengan pelbagai kata-kata tuduhan yang tidak berasas,tanpa mengetahui kisah sebenar,aku hanya mampu berdiri kaku,dengan lafaz kalimah sumpah yang tak pernah ku lafazkan sepanjang hidupku sebagai suatu kesaksian.Entah dari mana kekuatan itu hadir,aku hanya berdiri dan hanya tersenyum di saat semua mata memandang aku dengan pelbagai pandangan,di hadapan semua muslimin dan di hadapan semua muslimat.Aku berdiri di depan ramai.Tiada langsung air mata ini menitis,hanya mampu tersenyum dalam getar suara.di hati hanya mengucap 'ALLAH..ALLAH..'sedangkan sahabat-sahabat baikku dan sahabat seperjuangan lain sudah mengalirkan air mata memanggil sayu namaku,memandang dengan penuh linangan air mata..entah!mungkin sudah lali dengan setiap tuduhan yang dilemparkan,hingga tiada rasa.Padahal,hati sedang menangis,antara rasa sedih,serba salah dan rasa kasih pada perjuangan ini,semuanya bercampur,hingga tak kenal apa rasa di hati saat itu..hanya ALLAH tempat hati dan diri ini bersujud penuh tangisan saat tiada melihatku melainkan ENGKAU...YA RABBI..
Makin menjauh aku dari sahabat-sahabat yang dulunya sangat rapat denganku,selalu bergerak kerja bersama.dan aku hanya mampu menyendiri dan mendiamkan diri bagi setiap isu yang dibangkitkan,bukan kerana takut,jauh sekali kerana risau,tapi,kerana itulah sebaiknya yang mampu ku lakukan.Biarlah dikatakan 'pengecut' atau sebagainya.Jika ku membuka hujjah kata-kataku,nescaya akan berlaku nya pergaduhan yang sangat besar.Biarlah aku yang dipersalahkan untuk semuanya,jika itu yang terbaik.Yang pastinya,hati tiada rasa untuk melihat perasaan yang lain,kerana pertembungan unsur-unsur pemikiran yang bertentangan dari pelbagai cabang aliran membuatkan diri lebih fokus menyelesaikan semua gusar dengan menyerahkan segalanya kepada ALLAH.
Dan ironisnya,diri berubah menjadi sangat pendiam,tidak berbicara lama dengan sesiapa pun.hanya senyum jika ditanya persoalan semua yang berkaitan.Semua rasa telah dibuai angin yang lalu entah ke mana,tiada rasa kasih berkasih untuk difikirkan,ibarat hati telah dibawa pergi ke langit,hanya ALLAH sandaran cinta hati ini..dan tanpa ragu,mungkin ada yang terluka dan terasa dengan ketiadaan rasa untuk sesiapa pun...Hanya mampu berbicara tentang pemikiran,tapi,tidak mampu berbicara soal perasaan..kerana ia tiada!
Alhamdulillah,berkat sokongan ibu bapa dan dokongan abangku yang selalu memerhatikan diri ini dan tok serta adik-adik yang selalu memberikan kata semangat dakwah dan tarbiyyah,diri masih teguh berjalan semula meniti erti hakikat perjalanan hidup sebelum ini.Mengenal erti sebuah persahabatan yang sangat suci,rapat dengan seorang sahabat yang sangat baik,yang bagiku,sukar dicari ganti,dalam ramai-ramai,hanya 3 orang saja yang benar-benar memahamiku..ruqayyah,ummu kalthum dan murni..yang lain semuanya rapat,tapi,banyak yang mereka tidak tahu tentang diri ,hati dan sepanjang rentetan hidup selama ini.Syukur atas anugerah ALLAH buatku ini..semua kisah ini tersisip rapi,kunci hingga biarlah waktu yang tepat,saat hati benar-benar sembuh..
Menginjak ke dunia kerjaya kini,sesungguhnya semua kenangan itu telah lama ku simpan di sebuah pintu minda dari segala pintu yang ku simpan di minda memoriku,untuk melupakan kenangan paling pahit dalam hidup sebagai mahasiswa.terkunci rapat hingga jika ada yang mula membukanya,air mata hati akan bernanah dan sukar dihentikan.Biarlah Allah yang merawatnya hingga benar-benar sembuh..tapi,aku tidak pernah serik untuk terlibat dalam dunia perjuangan,kerana itu adalah perjuangan.cuma,perlu perkemaskan kemantapan fikrah dan matlamat yang jelas.serta dibimbing oleh murobbi yang tsiqah..
Fikirku,apa yang berlaku ada hikmahnya.Untuk mantapkan hati di dalam perjuangan ini,Allah pasti akan uji dengan apa yang paling kita takuti..dulu,takut dikhianati,dan Allah uji diri dikhianati..dulu,takut ditinggalkan sendirian.dan Allah uji juga bersendirian ..dulu,takut untuk tersasar jalan juang,Allah uji disasarkan jalan sebentar..dulu,takut diuji dengan kepercayaan,allah uji dengan hilangnya kepercayaan dan kesetiaan menghilang..Maha BAIkNYA ALLAH,selalu setia di sisi,selalu terus membimbing hati dan selalu ingatkan hati untuk insaf bertaubat setiap waktu,dan meletakkan semula kepercayaan lebih ramai orang buat diri yang dhaif ini..inilah proses tarbiyyah dari ALLAH..AlhamdulillAH..sangat baik ALLAH..tak terlafaz rasa syukur,terasa ingin segera bertemu denganNYA,memujaNYA selalu..tapi,amal masih belum cukup..Allah..
Cinta ini dialurkan ke jalan tarbiyyah,mentarbiyyah dan ditarbiyyah,tetapi,tidak pernah untuk melupakan siasah yang diperlukan untuk menguruskan dunia ini mengikut syariat ISLAM!..Jika aku harus terkorban demi cintaku pada perjuangan ini,izinkan aku menjadi hambaNYA yang terpilih di sisiNYA..ameen..tidak pernah ingin menjadi hebat,atau terbaik di kalangan manusia,dan tidak kisah jika tiada orang memerhatikan ku,cumanya,aku hanya harap ALLAH perhatikan aku setiap detik dan saat,agar aku terus rasa tenang dan bahagia denganNYA..YA ALLAH,jadikanlah aku antara yang terpilih di sisiMU,ameen...
(hati mudah menangis,bila teringat betapa baiknya ALLAH..air mata tak mampu terbendung bila mengingatkan segala aturan hidup ini ,betapa baiknya Allah masih bimbing hati dan jiwa ini walau kita sering buat dosa noda..).. :'( rasa tak layak mendapat cintaNYA seperti yang ku damba selama ini..siapalah aku ini ya Allah..hanya sang pendosa..pengemis cinta yang tiada daya..tidak punya apa-apa..
Kini,entahlah..ujian yang pernah berlaku selama ini,membuatkan hati ku tak mampu membenci sesiapa pun walau betapa teruk hati ini dilukakan,dan aku rasa lebih bahagia dengan mendoakan semuanya bahagia,walau aku yang harus menderita sakit.Lebih bahagia melihat kebahagiaan semua orang..dan terus menghargai semua orang..belajar memberi lebih dari menerima..Mak Abah dan adik beradik sangat risaukan diri ini kerana dikatakan 'terlalu baik hati',dan 'terlalu berani',in shaa ALLAH,telah berjanji untuk menjaga hati dan diri sebaik-baiknya kerana ALLAH.dan selalu ingatkan diri segala pesanan mak abah dan keluarga...Redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa kan..dan itulah pilihanku,walau hati rasa pelbagai rasa..
Pujuk hati,tidak mengapa,kan ada ALLAH..untuk selalu ubat hati ini..
Minta selalu pada ALLAH,agar dikurniakan hati yang menyayangi semua orang,dan mengasihi semua orang,kerana ALLAH,dan moga kasih ini menyentuh hati-hati mereka untuk turut mendekatkan jiwa kepada ALLAH bersama-sama.dan semua itu perlukan suatu pengorbanan hati yang sangat tinggi,dan jihad jiwa yang sangat teguh.Moga Allah izinkan hati dan jiwa ini..ameen3..
-ku pandang ke langit,wahai Allah,izinkan aku terus menjadi pemujaMU yang sejati..
ku lihat ke laut,wahai Allah,izinkan aku terus mencintaiMU melebihi terbentangnya lautan ini tanpa penghujung..
ku selami warna-warni dunia,wahai Allah,izinkan aku terus menyelami segala hikmah perjalanan takdir yang ENGKAU aturkan untukku dengan kerendahan hati..
ku dekati jiwa-jiwa insani,izinkan aku menyentuh hati-hati mereka untuk sama-sama menjadi pencintaMU yang sejati..
ku lalui jalan dakwah ini,wahai ALLAH,dengan harapan melihatMU memandangku dengan penuh kasih dan cinta..dan berkata' wahai jiwa yang tenang,kembalilah kepadaKU'..Allah..Allah..
mungkinkah Engkau menatap hamba ini dengan pandangan kasihMU..layakkah sang pengemis ini..Di kejauhan gemerlapan dunia ini,ku melihat d jendela cahaya,kerdilnya insan dan dunia..ENGKAU lah yang MAHA BESAR dan MAHA BERKUASA..
-HASBI RABBI GHAIRULLAH..MA FI QALBI GHAIRULLAH..-

Benarlah..hati yang lunak adalah hati yang selalu mengalirkan air mata di saat hati bergetar menyebut namaNYA dan mengingatINYA..ketenangan yang sangat indah...SubhanALLAH!
ReplyDeleteJika kita tidak mampu berdiri
ReplyDeleteUntuk memohon kepadaNya
Maka melututlah untuk berdoa.
Jika tidak mampu melutut dan berdoa kepadanya
Maka sujudlah dimalam sepi
Pohonlah,
Merayulah,
Mengadulah,
Merintihlah dengan linangan air mata,
Allah kadih dan rindu dengannya.
Jika kita tidak mampu berdiri
ReplyDeleteUntuk memohon kepadaNya
Maka melututlah untuk berdoa.
Jika tidak mampu melutut dan berdoa kepadanya
Maka sujudlah dimalam sepi
Pohonlah,
Merayulah,
Mengadulah,
Merintihlah dengan linangan air mata,
Allah kadih dan rindu dengannya.