Thursday, 11 April 2013

BICARA TENTANG CINTA....jatuh cinta berkali-kali dengan ALLAH,nikmat!

SubhanAllah..AlhamdulillAh..
indahnya bercinta dengan ALLAH..
kita sering jatuh cinta dengan ALLAH..terasa mudah benar kita jatuh cinta dengan ALLAH kan..sesungguhnya ujian ALLAH walaupun terasa sangat berat,jika kita belajar erti redha dengan segala ketentuanNYA,hati kita akan tenang walau sakit perit.


Bicara Tentang Cinta??
Sukar sebenarnya untuk kita mengetahui tentang erti cinta di kalangan manusia,sebab,ramai meletakkan pelbagai persepsi tentang cinta.

    Apa yang ingin saya katakan,adalah 'cinta itu mestilah cinta yang menguatkan serta mendekatkan jiwa kepada ALLAH,barulah saya akui itu cinta menurut definisi saya sendiri.Jika cinta itu kita pandang adalah cinta,tetapi melemahkan dan menjauhkan jiwa dari Allah,bagi saya,itu bukan cinta tapi,nafsu.Allah...takut andai jatuh cinta dengan seseorang disebabkan nafsu..nauzubillah min zalik..jagakan hati hamba ini ya Rabb..

    Sana-sini berbicara tentang cinta,dulu,saya sendiri merasakan cinta saya disalurkan sepenuhnya kepada yang lebih terutama dalam hidup saya.Cinta Allah,cinta rasulullah,cinta ibu bapa,cinta keluarga dan cinta kepada ummah.Bagi saya,cinta dakwah itu sangat mendekat dengan jiwa saya,dan saya merasakan untuk jatuh cinta kepada seseorang yang 'special' seperti teman lelaki/couple sangat tidak bermanfaat bagi saya.Malah,sangat membuang masa saya dan rasa hati saya.Jika tersalah meletakkan martabat cinta suci,hakikatnya kita telah menzalimi hati nurani sendiri..Allahu Rabbi..


     Saat saya mulai mengenal erti perjuangan dakwah ini,hati sangat terpaut padanya,dengan kelembutan dan ketegasan berhikmah,dasar Islam yang tak pernah berubah prinsipnya tetapi,sangat luas aplikasinya,membuka mata saya tentang pelbagai kisah manusia di luar sana,di mana saya mesti melibatkan seluruh kehidupan saya untuk Islam dan kerana ALLAH.Dan saya terus jatuh cinta lagi dan lagi dengannya..dakwah itu cinta.

    Selalu dipersoalkan tentang ini :'Biar betul enti tidak pernah jatuh cinta atau minat dengan seseorang?'..jawapan saya :'Alhamdulillah,Allah masih jaga hati saya'..hakikatnya,hati manusia,agak mustahil tidak pernah merasakan sesuatu teristimewa di hati kita kan,kita bukanlah malaikat,mahupun Rabiatul Adawiyah pendamba cintaNYA semata-mata,saya makin sedar,saya juga memerlukan cinta,tapi,bukan cinta palsu nafsu,tapi,cinta yang membuatkan hati sama-sama merindukan pertemuan denganNYA,hati yang sentiasa menyayangi makhluk Allah lainnya,dan hati yang sentiasa mencintai mati syahid di jalan perjuangan ISLAM. Itulah definisi cinta saya.Dan saya masih belum pasti,adakah perjalanan cinta ini saya akan bersendirian ataupun berdampingan,sebab,bagi saya,cinta manusia itu tidak semestinya memiliki apa yang dicinta,cukup,mendoakan dan bahagia melihat seseorang itu bahagia.bukankah cinta itu sebaiknya lebih banyak membahagiakan hati kita dari melukakan hati kita kan?Jadi,saya pilih cinta saya,adalah cinta yang membahagiakan hati-hati orang yang saya cinta,walau saya rasa sangat mencintai orang itu kerana ALLAH.

     Jika kerana ALLAH,serahkan segalanya kepada ALLAH,biarlah Allah tentukan segalanya.Seandainya DIA beri keizinan untuk mencintai dan dicintai di dunia,itu adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai untuk hambaNYA,dan jika DIA tidak beri izin untuk semua itu,apa yang kita perlu lakukan,hanya lah terus menjadi pencintanya yang tetap setia,walau sendiri atau ramai.Kerana melalui ujian hidup ini,Allah beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu.Saya tidak dapat pastikan hati saya bagaimana dalam 'BICARA TENTANG CINTA',kerana hati ini sangat rumit dan sangat dalam meluas,hingga akal kita sendiri tak mampu mentafsirkan apa yang dipendam di lubuk hati kita sendiri.Jujur saya sering katakan kepada sahabat-sahabat saya,saya sangat takut untuk jatuh cinta dengan manusia yang teristimewa,bukan kerana takut sakit kecewa,tapi,kerana saya masih tidak pasti,cinta saya itu membawa saya kepada ALLAH atau sebaliknya.Itulah yang paling menakutkan bagi saya.Takut Allah murka dari Allah redha.

   Bayangkan selama mana kita hidup di dunia ini,nikmat Allah meluas pada kita,hanya kerana cinta membutakan mata hati kita,kita lupa pada DIA.Sungguh,jika sedemikian,zalimnya kita pada YANG MAHA PEMILIK CINTA!masihkah kita mengharapkan keberkatan hidup pada masa hadapan dengan hamparan cinta tipu daya.ALLAH!!

      Fikirku selalu:'Apa yang kita sangka baik untuk kita,mungkin tidak baik untuk kita,dan apa yang kita sangka tidak baik untuk kita,mungkin,baik untuk kita..',kerana itu saya tidak dapat meletakkan pemilihan yang tepat dalam istilah 'muslimat melamar muslimin',kerana saya sangat pemalu berkaitan hati dan perasaan,walaupun saya bergiat aktif di kampus mahupun ke masyarakat.Sedikit sangat yang mengetahui sifat sebenar saya bagaimana,dan saya lebih yakin ALLAH selalu ada untuk kita..JIKA JODOH TIDAK KE MANA.JIKA BUKAN JODOH,TAKKAN KE MANA-MANA JUGA..kerana,saya juga punya rancangan dalam hidup saya,dan sebaik-baik perancang adalah ALLAH..saya berkeyakinan,kita hanya perlu menjadi hambaNYA yang sentiasa meletakkan pergantungan penuh kepada ALLAH dalam segala hal,dan seterusnya berusaha,berdoa dan bertawakkal.Lebih memilih seseorang yang yakin memilih,melamar melalui ahli keluarga serta memiliki ciri-ciri seorang 'imam' yang saya mampu hormat,taat kepadanya dan membantu saya menjadi pencintaNYA yang setia kerana ALLAH.Mungkin sukar mencari seperti itu,kerana yang hadir dalam hidup ini,pasti ada yang tidak tercapai salah satunya,dan saya yakin,belum sampai masanya walau sering dikatakan 'memilih/demand' dan 'buatlah jual mahal,nanti orang dah tak mahu baru tahu'..Allah..saya hanya mampu tersenyum.tapi,bagi saya,saya ingin membina sebuah mahligai cinta membawa kepada mencintai ALLAH setiap detik hidup kita,jadi,liku-liku perjalanan pengembaraan itu pastilah ada kesusahan yang menuntut kesabaran yang tinggi dan kefahaman islam yang jelas terus ke matlamat yang UTAMA.Jika saya memilih kerana rupa,yang pernah cuba hadir,adalah yang punya rupa.Jika memilih kerana harta,yang pernah hadir juga,adalah yang punya kaya,Jika memilih kerana nama,yang hadir juga punya nama,Jika memilih kerana pangkat,yang pernah hadir pun punya pangkat,dan jika memilih kerana ilmu,yang hadir juga punya tingginya ilmu,ada yang bagus agamanya,tapi,setelah di istikaharah dan di istisyarahkan,hati dan setiap jawapan Allah tunjukkan tidak memihak kepadanya..
tapi,itulah dikatakan semuanya masih dalam rahsia ALLAH.kita memilih bukan kerana dunia,tapi,MATLAMAT yang jelas mencintaiNYA...jika sebuah lagu bertajuk 'PERMATA DI CARI',saya namakan 'CINTA BERHIKMAH PILIHAN HATI'..


         -Jadi,saya pernah terfikir,adakah hati saya tidak punya rasa jatuh cinta?..
Ya,in shaa ALLAH,ada..tapi,biarlah rahsia siapakah dia..sebab,apa yang pasti,IMPIAN JODOH tak semestinya realiti,dan JODOH TAKDIR adalah kenyataan yang wajib mencintainya kerana ALLAH..jadi,simpanlah rasa cinta kita itu untuk yang benar dan tepat..saat lafaz sakinah antara kita dengan dia..itu lebih terjaga dan dijaga ALLAH!

MENCINTAI MANUSIA ADALAH ALAT MENDEKATKAN JIWA KEPADA ALLAH,BUKAN MATLAMAT!



No comments:

Post a Comment