Wednesday, 16 January 2013

ZIKIR CINTA

Bismillah..

Hati ini mulai bicara,
Kata disusun hati berbunga,
Jiwa merindu cintaNYA di mana,
Akhirnya ku temu,dakwah cinta jalannya..


Saban waktu,ramai yang berbicara tentang jodoh dn takdir.
Dan aku sendiri pun mungkin mulai cuba memahami dan terus memahami di sebalik erti JODOH dan TAKDIR itu melalui pembacaan,pengalaman di sekeliling dan dari pelbgai sumber yang aku rasa boleh dipertimbangkan sebagai suatu sumber yng berasas untuk dihadam dalam jiwa yang gersang ni.

ADA APA PADA JODOH??

Selalu sangat kita semua bercerita tentang jodoh,'bakal imamku,bakal makmumku..dot dot dot..
terkadang terfikir sendiri,hidup ini hanya untuk jodoh saja ka,sampai semua dikaitkan dengan jodoh nikah kahwin.YA,perkahwinan itu sunnah rasulullah s.a.w,dan in shaa allah,aku sendiri pun akan mengikuti sunnah baginda sebagai salah seorang dari ummat baginda yang mencintai baginda.

TEtapi,pokok persoalannya di sini,jangan kita terlalu memaharajalelakan atau mengagungkan soal nikah ni,hingg membantutkan urusan yang lain.YA,nikah memng penting untuk kelancaran dan ketenangan hati kan...umpama taman-taman syurga di dunia,namun,kadangkala,kita juga perlu perhatikan suatu kondisi yang lain,di saat siapa yang akan kita pilih menjadi calon imamku serta calon makmumku..

Jangan kerana takut digelar bujang terlajak,anak dara tua dan sebagainya,kita hanya sekadar tangkap muat..jangan ya ikhwah..berhati-hatilah dalam memilih pasangan kita,kerana kita bukan hanya nak bercinta di dunia,tapi,kita nak juga bawa cinta kita yang halal tu ke syurga kan..istana cinta TUHAN.

Jadinya,jangan bersedih,mungkin Allah merencana kan sesuatu yang terbaik untuk kita di masa depan.
Cuma,ingat,ini ujian Allah sebentar saja untuk menguji sejauh mana kita benar-benar bergantung kepada DIA..Jadi,bersederhanalah dalm bicara tentang bab jodoh ini...

Okey,kita kembali semula kepada topik,...

Kebanyakan ikhwah yang aku kenal,dan menggali pengalaman serta membuat pemerhatian,analisis dan kesimpulan,aku makin berfikir lebih matang tentang jodoh dan takdir ini..ada yang saling bercinta sampai nak rak berpuluh-puluh tahun,tapi,akhirnya berkahwin dengan  orang lain..ada yang tidak pernah bertemu dan tidak pernah bercinta,tapi,akhirnya sekejap saja Allah satukan mereka dalam masa yang singkat..ada juga yang bercinta dan berkahwin sekejap tak sampai beberapa tahun,akhirnya bercerai..dan macam-macam kisah lagi..Allahu Rabbi..hinggakan kadang-kadang selalunya aku takut untuk berkahwin sebab aku bukanlah seorang manusia yang sempurna dan bimbang jiwa tidak cukup kuat untuk bahtera rumahtangga...allah...Allah..

Dulu-dulu,zaman sekolah,suka juga tengok cerita korea,bukan sebab suka tengok cerita cinta,tapi,tak sangka dalam kisah-kisah drama korea,aku boleh cerap jadi taujiht pad diri juga..Bila tengok,bila dah jatuh cinta,dan suk punya bukan main-main..gembira sungguh,akhirnya,menangis macam apa lagi sampai nak bunuh diri..dan ada yang asalny jadi watak baik,tetiba bila jatuh cinta dengan seorang watak tu,dia bertukar jadi jahat,.,kalau yang jahat tukar jadi watak baik,ok la juga kan..tetapi,sebaliknya..nau zubillah min zalik..jdi,aku hanya suka tengok cerita yang ada banyak lawak,feksyen sains,penyiasatan,lawan2 dan jenis yang berfikir ja,serta cerita epic sejarah..sebab dulu-dulu,tidak suka cerita bab cinta manusiawi,jika ada yang ajak couple,automaticly,anda di reject dalam senarai tanpa bicara seperti akta ISA,tapi,ini akta prinsip diri sendiri..so,aku namakan ini AKTA CINTA HALAL..

Pelbagai orang yang kit jumpa,mungkin itu jodoh kita,jadi,jangan risau bab jodoh,ALLAH ada..teringat semula kata-kata sahabatku: jika kamu belum jatuh cinta/benar-benar suka pada sesiapa,harap janganlah terjebak,sakit dan sangat sakit..'..membuatkan ku terpegun seketika..meneliti kata-kata seorang sahabat yang baik..Allah..Allah..

Teringat juga,kata-kata abangku yang tersayang,'Berdoalah kepada Allah,minta pad DIA,jangan harap sangat pada manusia,sebab Allah yng pegang hati-hati kita..amalkan selalu amalan-amalan sunat,seperti solat sunat dhuha,tahajjud,zikir selalu secara istiqamah..in shaa allah,Allah akan tunjukkan dan permudahkan urusan kita..'..SubhanAllah..ditambah dengan kata-kata semangat dari mak abah yang kadang-kadang mengusik ;'tak tahu lah,kak ampa ni nak nikah dengan sapa..macam tak matang ja..'..ayat 'tak matang' sangat membekas di hati paling dalam..bukan tak mahu matang,tapi,kematangan itu masih bermain kejar-kejar dengan aku kan..jadi,kita enjoy dan layan ja la aci-aci sorok-sorok kematangan..=)

Payah cakap dengan orang kuat falsafah kan..tidak mengapa,untuk faham sesuatu perkara,kita perlu berfikir lebih dari apa yang di zahirkan..itu lah aku..

Jadi,bab jodoh ini,jangan layan sangat orang nak kata apa kat kita,melainkan kita betul-betul bersedia,dan yakin boleh jadi nakhoda dan penumpang yang baik supaya bahtera kita tu adalah bahtera penyelamat di zaman dunia yang banyak fitnah ini..

Sebab itu,selalu cuba jaga hati,biar jadi keras sikit walau kata-kata kita macam lemah lembut,sikap kita kadang-kadang otai,kadang-kadang rasa macam syadid ,skema.Apa yang penting??
''selagi tidak melanggar syara',sebarkanlah dakwah..'

Jodoh kita semua ada,cuma,semuanya masih dalam rahsia Allah..
bayangkan lah jodoh yang baik itu hadiah untuk hari lahir kita kan,,ada ka sesiapa yang dapat hadiah masa belum sampai tarikh lahir dia?tak sangat kan..jadi,jodoh yang baik itu hadiah dan anugerah Allah,so,kenalah ad surprise sikit kan..barulah ada nikmat yang sangat tak ternilai..

Apa-apa pun,hati mau kena kuat..jiwa mau kena kental..
Teruskan muhasabah cinta dalam zikir kepada Allah..
jika tidak dapat cinta manusia,jangan pulak kita tinggalkan cinta Allah..
Mungkin ada srikandi sufi RABIATUL ADAWIYAH di abad ini..siapa tahu kan..?? ^_^
Dulu-dulu impianku menjadi seperti sang sufi abid,rabiatul adawiyah,tiada cinta dalam hati,melainkan cinta Allah,,semua cinta yang ada datangnya dari cinta kepada Allah..samda ingin berbahagi cinta atau meng esakan cintaNYA saja..ALLAHU AKBAR!!

Salam cinta dan rindu untuk DIA,
khazinatul zikra



No comments:

Post a Comment